Rabu, 28 Mac 2012

Penulisan Surat Rasmi

Semalam, Puan Ida telah mendidik kita cara menulis surat rasmi/formal. Dia pun menyuruh kita menulis blog tentang cara menulis surat rasmi bagi tugas hari ini. Saya akan memberitahu cara menulis surat rasmi. Terdapat 9 langkah yang perlu diambil untuk melakukan surat rasmi. Ia ialah:

1: Tarikh
2: Nama pengirim
3: Nama penerima
4: Tajuk surat
5: Nama Pengadap
6:Perenggan Pertama-1-2 ayat-Tujuan menulis
7:Perenggan Kedua-Isi penengalan masalah
8:Perenggan Ketiga-Isi-isi surat(huraian, contoh)
9:Penutup surat
10:Tanda tangan

Contoh Soalan
Baru-baru ini kamu menaiki MRT dan mendapati bahawa ia kotor dan tidak terurus. Orang ramai tidak memperdulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang sampah sembarangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah. Tuliskan sepucuk surat kepada pegawai di syarikat sistem agak cepat, MRT untuk memberikan pandangan kamu mengenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh dipercayai.

Jawapan Soalan

27 Mac 2012

Siti Binte Ahmad
Blok 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapura 456789

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456

Tuan/Puan

Per: Kekotoran dalam MRT

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menaiki MRT dari Bedok ke Jurong untuk pergi ke rumah nenek saya. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapati bahawa keadaan dalam MRT itu agak kotor dan berselerak dengan sampah sarap. Terdapat juga bekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang diselitkan di tempat-tempat duduk dalam MRT itu.

Pada pendapat saya, kami harus mengambil tindakan terhadap masalah ini kerana ia akan menjejaskan keadaan di MRT itu. Kami harus meletakkan poster di keretapi untuk mengingatkan orang ramai untuk tidak membuang sampah di keretapi dan menjaga kebersihan di dalam keretapi. Mereka harus sedar apa yang mereka sedang melakukan dan ini dapat memanfaatkan masyarakat itu.

Saya harap tuan/puan dapat mengubah keadaan stesen MRT. Terima kasih.

Ahmad Haris



Ini ialah jawapan saya. Terima kasih! :P