Isnin, 27 Ogos 2012

Video yang paling saya gemari

Inilah video yang paling saya gemari:

Saya suka video ini kerana ini dapat menunjukkan bahawa kita tidak boleh menipu ibu bapa kita kerana mereka akan mengetahui tentang perkara yang kamu menyembunyikan pada akhirnya juga. Kita juga dapat menggunakan tayar kereta Bridgestone! :) Terima kasih dan saya harap kamu berseronok menonton video ini! Memmeh...

Isnin, 13 Ogos 2012

Apa yang saya lakukan pada hari Ahad

Hai...hari ini hari terakhir saya akan menerbitkan blog saya. Nasib baik...penat sangat menaip di komputer saya. Saya agak terkejut apabila ibu saya membangunkan saya pada tiga setengah pagi! Rupa-rupanya, bapa saya bercadang untuk makan luar di kedai As-Salam(ia berada di Masjid Kassim dan saya rasa tidak ada orang yang pernah ke sana, tetapi makanannya sedap!) Saya bersahur dengan thosai bersama teh tarik...sedapnya. Hari ini, saya pergi ke Andalus untuk menghadiri kelas madrasah saya. Saya tertidur di dalam kelas dan ibu bapa saya membangunkan saya di kelas pada empat petang apabila mereka sedar bahawa saya belum pulang dari madrasah. Biasalah, orang seperti saya memang malas dan berat tulang!

Setelah dimarahi ibu bapa saya, saya pun menyambung 'mengulang kaji pelajaran saya'. Saya terlalu 'ghairah' mahu belajar hingga saya tertidur. Sekali lagi, ibu bapa saya memarahi saya...hai. Cobaan...! Maaf saya penat jadi saya hanya dapat menulis hingga ke sini. Tewima kasih!

Apa yang saya lakukan pada hari Sabtu

Pada hari Sabtu, saya hanya keluar untuk ke sekolah untuk menyertai persembahan Musikal Raya tetapi, malangnya, tidak seorang pun yang saya telah berlatih menyanyi lagu ITU tidak ada. Hai...kesian. Tetapi yang bagusnya, saya tidak perlu menyanyi di hadapan kumpulan itu bersendirian.

Apabila saya pulang ke rumah, saya membuat rutin yang sama, mengulang kaji pelajaran. Sungguh membosankan. Hanya pada waktu zohor, asar, maghrib, isyak, terawih dan witir akan saya dapat berehat sebentar. Pada malam ini pula, nenek saya pun kembali ke rumah saya setelah setahun tinggal bersama di rumah pakcik saya. Beliau akan tinggal bersama kita hingga akhir bulan Syawal, jadi, nenek saya akan bersama saya di Hary Raya! Tentu seronok...terima kasih! :)

Apa yang saya lakukan pada hari Jumaat

Ap yang saya lakukan pada hari Jumaat? Saya menolong ibu bapa saya mengemas rumah. Mereka menganggapkan hari ini sebagai 'day off' tetapi...hai...memenatkan! Saya harus mengemop dan menyapu lantai rumah, membersihkan tingkap-tingkap rumah saya, memasangkan langsir dan banyak lagi sementara ibu bapa saya hanya keluar untuk membeli bahan-bahan masakan untuk malam ini. Saya tahu, ramai di antara kamu yang membuat lebih dari ini, tetapi tahulah, saya ini, banyak lemak. Susah sangat mahu membakarnya. Setiap dua puluh minit saya harus berhenti sebentar untuk berehat. Selain itu, saya tidak melakukan apa-apa. Hai...saya terpaksa 'lepak' sebentar di dalam masjid selepas solat Jumaat...kerana sebab-sebab yang telah diberikan tadi.

Tetapi, pada malam itu, saya berbuka puasa di lorong-lorong Masjid Sultan...mmm sedapnya! Rasa kebab yang dimakan itu bagaikan makanan di syurga...sungguh menyelerakan!Saya pun membuka puasa dengan bandung...sedap juga! Hai...hanya jika saya dapat makan sekali lagi... Itu sahaja ya? Jumpa lagi!!!

Apa yang saya lakukan pada hari Khamis

Assalamualaikum! Saya pun hanya mengulang kaji pelajaran saya kerana didenda bapa saya. Saya tidak dapat pun menonton hari perayaan Singapura. Hai...kesiannya. Walaupun begitu, saya akan melihat pengulangannya sekali lagi, jika saya ada masa untuk menontonnya. Tetapi, pada hari ini, terdapat satu peristiwa yang amat menggelikan hati saya.

Semasa saya dengan mengulang kaji pelajaran Matematik saya, tiba-tiba ibu saya memekik meminta tolong. Pada awalnya, saya menyangka api sedang menjilat rumah saya, jadi saya meluru lari ke bawah tangga ke dapur. Malangnya, saya tidak melihat api, tetapi kucing kesayangan saya, Apin, yang merangkak  di lantai dapur dan ibu saya berdiri di atas kerusi sambil memegang penyapu di tangannya untuk menghalang Apin dari mendekatkan dirinya lebih dekat. Saya terlupa bahawa ibu takut dengan kucing-kucing dan ketawa akan gelagat ibu saya untuk menghalang Apin. Saya pun akhirnya menolong ibu dan mengangkat Apin dari ibu saya.

Ya, itu sahaja dari saya, ya? Selamat berpuasa(dan berhari raya)!

Apa yang saya lakukan pada hari Rabu

Di sekolah kami pada hari Rabu, kami menyambut Hari Sebelum Hari Jadi Singapura di sekolah saya. Ia sungguh menarik(selain lagu-lagu Singapura yang tidak 'menangkap perhatian'). Terdapat beberapa kumpulan yang berpakaian seragam seperti NCC, NPCC, Boys Brigade, Girls Brigade dan St. John Ambulance Brigade telah membuat perbarisan pada hari itu. Insya Allah, saya harap saya dapat dipilih untuk menyertai perbarisan seperti itu pada tahun hadapan. Pada waktu guru selepas perbarisan tersebut, kami harus membuat sebuah poster untuk Singapura. Poster itu harus menerangkan tentang apa-apakah makanan yang paling dikenali di Singapura, kenapa Singapura dianggap sebagai 'rumah saya' dan apakah yang seseorang tersebut suka tentang Singapura. Kumpulan saya bagaimanapun, tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik kerana kami menggunakan masa itu lebih untuk berbual-bual antara satu sama yang lain. Hehe...

Setelah itu, seluruh sekolah itu menonton sebuah persembahan yang menarik oleh NCC :) dan sekolah-sekolah, yang datang ke sekolah kami untuk mengetahui lebih tentang sekolah kami, pun menunjukkan persembahan-persembahan yang agak menarik (terutama persembahan dari India). Walaupun begitu, permainan-permainan yang dipersembahkan oleh 'MC' agak bosan serta juga 'karoake'nya agak bosan.

Saya hanya mengulang kaji di rumah sahaja dari pukul satu tengahari hingga waktu maghrib untuk peperiksaan saya yang menjelang tiba. Keluarga saya keluar ke pasar Geylang untuk membeli baju raya mereka tetapi saya tidak dapat mengikuti mereka. Selain itu,kawan lama saya, Afiq mengunjungi saya di rumah saya untuk berbuka bersama-sama. Selain itu, tidak ada perkara lain yang akan menarik perhatian kamu semua. Terima kasih! 'Peace out!'